SSPN-i KINI DIKENALI SSPN PRIME
Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN-i telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.
Kini, selepas hampir 17 tahun berada di pasaran, SSPN-i telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak-anak mereka. Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPN-i kini dikenali sebagai Simpan SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.
Daftar akaun SSPN Prime secara Online sekarang dengan amaun pembukaan serendah RM 2O Sahaja.
Sila tuliskan kod eksekutif PTPTN / ID EJEN – Perlu dimasukkan semasa pembukaan akaun secara online. ( KOD EKSEKUTIF PTPTN : 000001911 )
PANDUAN PEMBUKAAN AKAUN SSPN / SSPN PRIME
- Pendeposit merujuk kepada Ibu/Bapa/Penjaga, manakala Penerima Manfaat merujuk kepada anak/jagaan.
- Bagi pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN dan berumur melebihi 18 tahun boleh membuka akaun untuk diri sendiri (Pilih “AKAUN UNTUK DIRI SENDIRI” pada ruangan Jenis Akaun. Pastikan maklumat Pendeposit & Penerima Manfaat adalah sama).
- Sekiranya umur pelajar tidak melebihi 18 tahun, Ibu/Bapa/Penjaga perlu menjadi pendeposit bagi pelajar tersebut (Pilih “AKAUN UNTUK ANAK JAGAAN YANG SAH”).
- Untuk melayakkan Pendeposit mendapatkan pelepasan taksiran cukai pendapatan, akaun mestilah dibuka untuk anak/anak jagaan sah(Pilih “AKAUN UNTUK ANAK JAGAAN YANG SAH” pada ruangan jenis akaun) yang berumur tidak melebihi 29 tahun pada tahun traksaksi/pelepasan cukai.
- Pendeposit & Penerima Manfaat mestilah berstatus warganegara Malaysia.
- Deposit pembukaan minima RM 20.
- Pastikan anda masukkan KOD EKSEKUTIF PTPTN : 000001911
